ain_along

ain_along

Munculnya Al-masikh Dajjal (si pendusta )

asalamualaikum w.b.k.t
 tbe2 aku trse lak nk kongsi crita sal dajal2 ni..Memandangkan kita skrg sudah berada di zaman akhir, kita harus lah sentiasa memperbnyakkan amal ibadat kerana kiamat akan berlaku pada bila2 masa yang di kehendaki Allah s.w.t.. bErtaubat lah selagi pintu taubat masih lagi terbuka..jgn terlambat...Sebelum berlakunya kiamat...akn munculnya Dajal..iaitu makhluk yg menyesatkan manusia akhir zaman dan menimbulkan fitnah...
ciri-ciri dajal :
  1. matanya cacat 
  2. di antara kedua matanya tertulis kafir ( setiap org muslim dpt membacanya )
  3. dajal bermata satu, mata kirinya ditutupi selaput yang tebal : ia dpt menyembuhkan org yg buta, orang belang dan menghidupkan orang mati.
mengikut buku2 dan sumber2 yg boleh dipercayai : syurga dajal adalah neraka dan neraka dajal adalah syurga bagi org2 yg beriman kepada Allah S.w.t...

Dajal akan melakukan pelbgai cara untuk menyesatkan manusia dengan menyuruh manusia mengaku dia sebagai tuhan.. Dajal boleh menghidupkan dan mematikan manusia ..

lu nk faham dgn lebih lanjut, baca cerita ini. :

Dari Abi Said al-Khudri, bhwa Rasullah S.A.W bersabda: 'Dajjal akan muncul, lalu seorang lelaki dtg menghadap kepadanya.  Ia dicegat oleh pasukan bersenjata Dajjal.  Mereka bertanya : 'hendak ke mana ? ' Orang itu menjawab : ' aku hendak menemui orang yang muncul itu".  "Mereka bertanya lagi " apakah kau tidak beriman kepada Tuhan kami? ' Maka orang itu menjawab:' tuhan tidak bersembunyi' Maka mereka berkata. " Bunuhlah dia". Salah seorang dari mereka berkata kepada temannya:' Bukankah Tuhanmu melarangmu membunuh seseorang?' Kemudian mereka pergi menemui Dajjal.  Ketika itu, orang mukmin itu melihat, ia berkata :' Hai sekalian manusia, inilah Dajjal yang diceritakan Rasullah S.a.w.  Maka Dajjal menyuruh menyeksanya. Perut dan punggungnya dipukul.

Dajjal berkata: 'Apakah engkau tidak beriman kepadaku?".  Orang itu menjawab: 'Engkau Al-Masikh si pendusta". Maka Dajjal menyuruh mengergajinya, hingga tubuhnya terbelah dua.  Kemudian Dajjal berjalan diantara dua potongan tubuhnya dan berkata kepadanya:' Berdirilah". Iapun berdiri tegak. Kemudian Dajjal berkata kepadanya: 'Apakah kau beriman kepadaku ? '. Kemudian orang itu berkata :' Hai sekalian manusia, sesudahku tidak ada seorang pun yang diperlakukan sepertiku'. Kemudian Dajjal mengambilnya utk menyembelihnya. Ternyata  lehernya dan pundaknya dilitupi tembaga sehingga Dajjal tidak berhasil  melakukannya..
 Kemudian Dajjal memegang kedua tangan dan kakinya untuk dilemparkan ke dalam neraka, tetapi ternyata ia dimasukkkan ke dalam syurga..

berdasarkn cerita ini, jelaslah buktinya bahawa dajjal akan melakukan pelbagai cara utk menyesatkan umat di akhir zaman.  Hanya orang mukmin dan benar2 beriman sahaja akan terselamat dari fitnah si pendusta Dajjal ini.
Dajjal akan muncul dan menjelajah bumi kecuali Mekah dan Madinah kerana ia menemukan barisan-barisan malaikat di setiap jlnnya.

Untk pengetahuan para pembaca...Dajjal tidak pernah disebutkan namanya di dalam al-quran kerana dia sendiri telah mengaku diri nya tuhan.  Namanya tidak disebut secara tegas dalam al-quran adalah utk menghinanya.  Kedudukan dajjal terlalu hina di Sisi Allah s.w.t utk disebut dan terlau remeh utk diceritkan pengakuanya.

Sejarah fir'aun yang mengaku dirinya sebaga tuhan disebut ddalam al-quran, hal ini kerana urusan firaun tlah selesai dan telah jelas kebohongannya.  Sementara Dajjal adalah kejadian yang akan datang dan peristiwa yang menimbulkan cubaan serta ujian bagi manusia.

..ini hnyalah sebahagian dari cerita kedatangan Dajjal..lu nk tahu lebih lanjut bolehlah nak search2 kt internet :D

 bagaimana nak mengelak fitnah Dajjal??? apakah pengakhiran si Masikh ini ??? siapakah yang akan membunuhnya??? ......

 terserah kepada anda..jika anda seorang yang sayang agama, anda pasti ingin mempunyai rsa ingin mengetahui apakah yang akan terjadi kepada Dajjal....
renung2kan dan slmt beramal :) 

farahin ramli